Jumaat

Najwa Latif "Biodata"


Kenal tak si gadis comel kat gambar atas ni?Hahaha..tu lah NajwaLatif atau nama penuhnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif, artis  "youtube" yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku.Si Najwa ni berasal dari Batu Pahat Johor.Najwa merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik.Berumur 17 tahun dimana Najwa dilahirkan pada 13 Mei 1995 di Batu Pahat.


"Najwa Latif" membesar kat Batu Pahat Johor dan mendapat pendidikan di Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat.Gadis kecil seberat 45kg ni, memiliki ketinggian 155 cm.Apa yang kita semua sudah sedia maklum si Najwa ni mempunyai minat terhadap dunia Muzik,dan Gitar adalah alat muzik kesukaannya.Najwa mula belajar bermain gitar sejak berumur 14 tahun lagi.Apa yang menariknya, setiap ahli  keluarganya masing-masing memiliki kepandaian bermain alat muzik.


Najwa tidak menyangka bakat dan minatnya dalam dunia muzik menyebabkan dia menjadi popular seperti hari ini.Dengan bakat yang ada dia mengupload video nyanyiannya ke laman popular seperti Youtube.Populariti video lagu "Cinta Muka Buku" nyanyiannya kat youtube melonjakkan namanya dikenali ramai khususnya rakyat malaysia.Najwa Latif berjaya membuktikan umur bukanlah penghalang baginya untuk menggenggam sesebuah kejayaan dalam bidang nyanyian.Dan yang terkini Najwa Latif tampil dengan lagu terbarunya "Carta Hati"



Berikut biodata ringkas "Najwa Latif"

Nama Penuh : Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas : Najwa Latif
Tarikh Lahir : 23rd May 1995
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor
Tinggi : 155cm
Berat : 47kg
Umur : 16
Status : Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog:  Najwa.blog
Facebook Fanpages:  facebook najwa
Twitter : Njwa Latif Twitter
youtube :  najwa.youtube 
Imel : 
eqwafika@yahoo.com.my

Tiada ulasan: