Pages - Menu

Sabtu

10 Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan


1. Bersifat Anti Penuaan

Sitokinin yang terdapat dalam air kelapa bertindak sebagai anti penuaan.

2. Meningkatkan Peredaran Darah

Air kelapa adalah tonik jantung yang palaing baik.Ia meningkatkan peredaran darah dan membantu oksigen ke sel sel dalam darah.Ia juga membantu melawan kolesterol dan menghalang pembekuan darah dalam badan.

3. Meningkatkan Imuniti Badan

Air kelapa meningkatkan imuniti dalam badan.Ia membantu melawan jangkitan biasa.Kehadiran asid laurik dalam air kelapa bertindak sebagai anti virus,anti kulat dan anti bakteria dalam badan.

4. Baik Untuk Jantung Dan Saluran Kencing

Kandungan kalium didalam air kelapa membantu mengekalkan jantung yang sihat dan kuat.Air kelapa juga membantu mencegah jangkitan saluran kencing dan kehadiran diuretik sangat baik untuk mencegah penyakit kencing manis yang kronik.

5. Merangsangkan Otak Dan Otot

Kehadiran kandungan kalium dalam air kelapa membantu mengawal degupan jantung dan menguatkan fungsi otot.Ia juga baik untuk meremajakan sel sel otak.

6. Agen Alkali Yang Sempurna

Air kelapa adalah agen alkali yang yang sangat baik untuk membantu mengekalkan nilai Ph cecair dalam badan.Ia membantu tubuh kurang berasid dan membantu heartburn.

7. Mengelak Kekurangan Air

Minum air kelapa membantu mengelak dihidrasi.Ia mengandungi elektrolit semulajadi yang selamat tanpa kesan sampingan.

8. Mengandungi Vitamin,Enzim Dan Asid Amino

Air kelapa mengandungi vitamin B dan beberapa mineral yang baik untuk kesihatan.Kehadiran sulful,zink dan iodin dalam air kelapa membantu melawan radikal.

9. Rendah Klori

Air kelapa adalah sangat baik kerana kandungan klori yang rendah iaitu 46 klori bagi setiap cawan air kelapa.

10. Membantu Pencernaan Dalam Badan

Kehadiran enzim bioaktif dalam air kelapa membantu penghadaman,mencegah sembelit dan disentri serta membantu penyerapan zat makanan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan