Pages - Menu

Selasa

Cara Buat Toner Merawat Jeragat Dengan 2 Bahan Mudah


Jeragat adalah perubahan warna kulit sementara menjadi kecoklatan, bintik-bintik hijau atau abu-abu pada dahi, bibir atas, dan pipi bahagian atas. Warna jeragat juga terkadang biru keabu-abuan. Masalah kulit ini kerap berlaku kepada kaum perempuan umur 35 tahun keatas. Wanita yang lagi hamil juga biasa dijumpai mempunyai perbezaan warna kulit akibat jeragat. Walaupun mungkin, tapi sangat jarang lelaki yang terkena jeragat.

Keadaan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan sinar ultraviolet, hormon luaran seperti pil perancang keluarga, dan perubahan hormon dalaman pada saat hamil. Kebanyakan pesakit jeragat ialah mereka yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari.

Lebih dari 6 juta perempuan hidup di USA dengan jeragat dan 45 - 50 juta wanita di seluruh dunia mempunyai jeragat, termasuk Malaysia. Untuk menghilangkan jeragat memang tidak mudah, jadi anda boleh mencuba dua cara ini untuk membuat toner bagi merawat dan menghilangkan jeragat.

Bahan Bahan :


✔ Timun


✔ Limau Nipis


✔ Botol Spray

Cara Caranya :

Kisar timun biar menjadi lumat. Lepas tu tapis untuk dapatkan jus dan mengasingkan serbuk mentimun tadi dan perahkan limau nipis. Limau ninis ni berfungsi untuk merawat dan menghilangkan masalah jeragat. Bila dah selesai masukkan campuran tadi ke bekas botol spray dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak pakai cuma perlu spray spray je kat muka,mudah bukan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan