Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Isnin

Serawak Bumi Kenyalang

Sarawak, atau juga dikenali sebagai "Bumi Kenyalang", merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan terletak Northwest Pulau Borneo.Sarawak mempunyai keluasan sebanyak 124,449 km persegi yang dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu Kapit ,Miri ,Bintulu ,Sibu ,Limbang ,Mukah ,Sri Aman ,Samarahan ,Kuching ,Sarikei dan Betong.Sarawak juga berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan Indonesia di Selatan dan Brunei serta Sabah di Timur Laut.


Sarawak mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Tarikh sejarah awal Sarawak agak lama dimana fosil manusia yang telah ditemui berhampiran Gua Niah wujud sejak 45.000 SM.Sarawak merupakan bekas naungan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun, pada tahun 1841, Sultan Brunei melepaskan kawalan negeri kepada British di bawah arahan Sir James Brooke.Kemudian, Sir James Brooke mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Sarawak dengan gelaran "Rajah Sarawak" dimana"Rajah putih" pula, merupakan gelaran dipanggil, untuk memerintah negeri.


Semasa Perang Dunia 2, Sarawak diduduki oleh Jepun, dan apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1946, kawalan British yang kembali ke atas Sabah dan Sarawak kemudiannya menjadi sebahagian daripada tanah jajahan British. Pada tahun 1963, Sarawak, bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia tetapi Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.


Hari ini, Sarawak sedang membangunkan negeri dengan jumlah penduduk 2.3 juta orang yang terdiri daripada 27 kumpulan etnik. Kumpulan utama pribumi di sini adalah "Dayak".Suku kaum Dayak ini pula terbahagi kepada 2,iaitu "Dayak Laut" merujuk kepada orang Iban dan "Dayak Darat" merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Kumpulan etnik-etnik yang lain pula adalah Kenyah, Kayan, Punan, Sekapan, Penan, Melanau dan banyak lagi. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai budaya yang unik dan warisan mereka yang tersendiri.

Kraftangan Sarawak

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan.Sarawak misalnya menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum.Entry kali ini saya nak membawa anda kepada beberapa kraftangan dari sarawak.

Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik dan rotan,seni sebegini memerlukan ketelitian yang tinggi.













Beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai dah kenal beg ni kan..kat sarawak aje ada menda ni.Bag ni kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa bararang pribadi semasa ke ladang,hutan mahupun ke pekan.














Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.



Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.






Satu lagi kegilaan pengunjung yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dari segi bentuknya. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.

Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini.



Sarawak memang senonim dengan kepopulariti tikar rotannya,mungkin disebabkan buatannya yang cantik mahupun hasil seni yang halus membuat ia menambat hati pencipta barang kraftangan tikar khasnya.Kalau dulu ia bertujuan untuk menjemur padi dan menjadi alas ruang tamu mahupun dapur.Kini ia menjadi kraftangan yang unik sebagai perhiasan ruang tamu pelengkap citarasa yang nampak mewah.










Sape adalah alat Muzik tradisional oleh Orang Ulu hulu yang tinggal di pendalaman Borneo. Sape diperbuat daripada sekeping  kayu, biasanya sekeping kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu tetapi kini digantikan dengan tali nilon. Instrumen tersebut adalah  dibuat berbeza dari setiap lapisan, dan julat besar dari 60 cm hingga 150 cm.

Dahulu Sape dimainkan semasa Datun Julud dan Ngajat, ini adalah tarian perang tradisional daripada pemburu kepala.Kini Sape dimainkan dalam upacara perayaan mahupun pertunjukan biasa.
Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depannya.Tujuan asalnya sebagai alat pertahannan semasa bertempur dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.

Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.Parang Ilang atau Mandau, pernah digunakan untuk ngayau atau memenggal kepala

Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.

Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu, menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.

Sabtu

Orang Kuat Malaysia

Koleksi gambar "orang kuat" malaysia






Semua gambar diatas adalah berlokasi di "Kapit"Sarawak.Di Kapit, pemandangan seumpama ini adalah pekara biasa bagi penduduk kapit.Situasi seperti ini berlaku hampir setiap hari di pekan kapit ekoran tak ada cara lain yang membolehkan mereka membawa kenderaan tersebut ke darat,jadi dengan cara memikul kenderaan tersebut  melalui beberapa buah bot expres adalah jalan penyelesaiannya.





Buah-Buahan "Pelik" Sarawak

Post kali ni saya nak bawa anda semua kepada beberapa buah-buahan sarawak yang mungkin tak ada kat tanah semenanjung "Malaysia"

Buah-Buhan "Pelik" Dari Sarawak


Durian Merah


Durian Kuning


Buah Bambangan


Bauh Pengalaban


Tuah Tampoi 


Buah Dabai


Buah Tarap

Nah,Ni Buah Yang Special Sikit

BUAH

Mata

Kucing


Buah Mata Kucing


Ahad

Hukumnya Makan Ulat Sagu ATAU Ulat Mulong

Bagi yang terasa was-was berkenaan halal atau haram memakan Ulat Sagu atau Ulat Mulung,hahaha..mari kita sama-sama mengetahui Hukumnya Memakan Ulat Sagu.Khas untuk orang Islam sahaja.


Sedar atau tidak sedar rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. 


Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-"...Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakannya.


"Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. 

Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram HusinWallahualam.

Selasa

Daerah Belaga Sarawak

Pekan Belaga

BELAGA,merupakan sebuah daerah yang terpencil yang terletak di pendalaman Sarawak Malaysia.Daerah Belaga terdiri daripada penduduk yang berbilang suku kaum diantaranya Kenyah,Kayan,Penan,Punan,Kejaman,Sekapan,Lahanan,Melayu,Ukit,Seping,Iban,Tanjung dan Sihan serta cina.Jumlah penduduk yang mendiami daerah ini dianggarkan seramai 20000 orang.Pertanian merupakan sumber utama ekonomi di sini dan pengangkutan utama pula merupakan jalan air dan diikuti jalan darat yang menghubungkan Daerah Belaga dengan Daerah Bintulu serta Bakun.

Pemandangan Pekan Belaga

Tidak diketahui dengan jelas dari mana Daerah Belaga ini mendapat namanya.Cuma Pendapat umum menyatakan bahawa sebatang sungai yang bernama Batang Belaga, iatu anak sungai Batang Balui, menjadi punca kepada nama daerah ini.Ketika zaman pentadbiran kerajaan Brooke dan seterusnya pentadbiran kolonial Inggeris, Belaga merupakan pekan kecil yang diletak dibawah naungan daerah Kapit.

Gambar Pekan Belaga

Pegawai Inggeris dan seterusnya anak tempatan yang berjawatan Native Officer mendapat arahan dari Pegawai Daerah Kapit.Kedudukan ini berterusan sehinggalah pada pertengahan tahun 1970’an dimana statusnya dinaikkan ke taraf daerah penuh.Di dalam menjalankan tugas, pentadbiran berpusat di pekan Belaga dimana pada suatu ketika dahulu Kubu Vyner didirikan.Kubu ini bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat kerajaan malah menjadi benteng mempertahankan pekan Belaga dari serangan musuh.Sejarah awal mendapati bahawa memang sudah ujud kaum yang mendiami daerah ini.

 Pejabat Daerah Pekan Belaga

Kaum Kajang dikatakan telah mendiami kawasan tebingan sungai hulu batang Rajang dan hilir batang Balui sejak lebih seratus tahun yang lalu.Kaum Penan yang pada mulanya berpindah randah ( hunter gatherers ) mula duduk secara tetap sejak awal tahun 1970’an di kawasan sungai Danum, sungai Linau, sungai Plieran dan long Urun.Kaum Kayan dan Kenyah pula dipercayai berasal dari Apo Kayan, iaitu suatu penempatan yang besar terletak di sungai Mahakam, Kalimantan, Indonesia.Mereka berhijrah ke Belaga menyusuri sungai Balui dan terus menetap disitu sejak pertengahan abad ke 19.

Klinik Pekan Belaga

Orang Melayu dan Cina dipercayai datang dari kawasan sekitar Sibu dan berhijrah ke Belaga pada sekitar tahun 1900.Dari corak penghijrahan mereka menentukan pola penempatan kaum-kaum berkenaan.Masyarakat orang Melayu dan Cina mendiami kawasan pekan Belaga, manakala kaum Kayan dan Kenyah tinggal di kiri dan kanan sungai Balui.Kebanyakan kaum Kajang mendiami tebingan sungai di hilir sungai Balui terutamanya di kawasan bawah long Murum (dimana terletaknya projek hidro Bakun).

Pejabat Pos Pekan Belaga

Dengan adanya corak penempatan sedemikian, maka sebahagian besar daerah Belaga tidak dihuni oleh manusia.Kampung dan rumahpanjang terdapat di kawasan tebingan sungai utama khususnya sungai Balui. Dengan berpindahnya 15 buah rumah panjang ke Skim Penempatan Baru Sungai Asap dari ulu sungai Balui pada pertengahan tahun 1998, maka corak penempatan masyarakat di daerah ini mula berubah ekoran dari pembinaan HEP Bakun dan siap terbinanya lebuhraya Bintulu-Bakun pada pertengahan tahun 2000.

Sekapan Panjang

 Gambar Etnik Suku Kaum Sekapan

Ruah Temenggong Matu atau lebih dikenali sebagai rumah sekapan panjang merupakan rumah panjang asal tempat ini.Kawasan ini merupakan kawasan yang di berikan/peruntukan oleh kerajaan negeri untuk etnik suku kaum sekapan.Mereka telah menetap di sini untuk tempoh yang cukup lama iaitu dianggarkan lebih 200 tahun.Kawasan ini mempunyai dua buah penempatan dari suku kaum yang berbeza iaitu dihuni oleh etnik suku kaum sekapan dan kenyah badeng.Kedua-dua buah rumah panjang ini bersebelahan cuma dipisahkan oleh sebatang anak sungai yang di gelar sungai dunan kecik.

Rumh Panjang Sekapan Panjang

Sekapan pernah memiliki labeliti berstatus temenggong...ekoran itulah sebabnya rumah panjang etnik suku kaum sekapan ini dikenali sebagai rumah temenggong matu.Namun pada hari ini setelah mendiang enik ini meninggal dunia,rumah panjang etnik suku kaum sekapan lebih dikenali sebagai rumah sekapan panjang sahaja.kenapa....???saya pun kurang pasti.Meskipun demikian, etnik sekapan turut mendiami satu lagi rumah panjang yang dikenali sebagai sekapan piit.Apa yang membezakan kedua-dua rumah panjang etnik suku kaum sekapan ini ialah jumlah ahli penduduk rumah panjang yang mendiaminya.Dimana penduduk sekapan piit memiliki jumlah penduduk yang sedikit.disamping itu juga,cara pertuturan dan penggunaan bahasa agak sedikit berbeza.

 Pusara Temenggong Matu atau dikenali sebagai Salong Matu

Bebalik pada status kenyah badeng iaitu penempatan rumah panjang suku kaum kenyah yang diberi nama long dungan.Rumah panjang suku kaum kenyah terletak jauh sedikit daripada sekolah,manakala rumah panjang sekapan panjang bersebelahan dengan sekolah.Disamping itu juga terdapat etnik suku kaum sihan dimana penempatan mereka berada di seberang sungai Batang Rejang.Pernah suatu ketika iaitu sekitar tahun 1988 berlaku perbalahan antara suku kaum sekapan dengan kenyah,tapi kini kedua-dua suku kaum ini hidup aman damai(maklumlah 1 malaysia...ha..ha..ha..) Kini suku kaum kenyah yang berada di Long Dungan tinggal separuh,selebihnya telah berpindah ke penempatan baru di kakus iaitu terletak dikwasan bintulu

Rumh Panjang Sekapan Panjang

Suku kaum sekapan telah diberikan sebuah sekolah rendah oleh Kementerian Pendidikan iaitu sekolah yang diberi nama (srk airport) yang mana masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini.Sekapan Panjang juga teleh diberikan projek oleh kerajaan negeri untuk membaik pulih rumah panjang mereka kepada sebuah rumah panjang yang cukup cantik dengan kawasan yang diratakan.sekarang proses pembinaan rumah panjang baru hampir siap sepenuhnya.Sekapan merupakan suku tergolong dalam suku kaum kajang dan memiliki tutur bahasa yang hampir sama dengan melanau,lahanan,kejaman dan orang punan.

Rumh Panjang Sekapan Panjang pandangan dari seberang sungai

Secara umumnya,mejoriti etnik sekapan panjang menganuti agama kristian(sib).Sungguhpun begitu ada diantara etnik ini menganuti agama lain seperti bungan dan islam.Ekoran itulah pihak kerajaan negeri telah memperuntukkan sebuah gereja dan sebuah surau.Etnik suku kaum sekapan memperolehi sumber ekonomi hasil daripada bercucuk tanam,penternakkan dan menangkap ikan.Kini penduduk yang menghuni rumah panjang ini tak seramai dahulu.Ini ekoran rata-rata anak muda etnik sekapan lebih cenderong berhijrah keluar bandar untuk mencari rezeki mahupun melanjutkan pelajaran,terutamanya selangor dan johor.Cuma sekali sekala mereka balik ke rumah panjang halaman terutamanya pada bulan jun dan disember sempena hari gawai dan hari krismas.

Meriam Tinggalan Yang Bersejarah

Untuk pengetahuan umum...dipercayai etnik suku kaum sekapan pada dulunya adalah terdiri daripada pahlawn atau dalam bahasa sekapannya (lakin) dan terkenal di antara suku-suku kaum di belaga khususnya.Namun disebabkan oleh ketidakstabilan taraf sosial dan hidup masyarakat pada ketika itu,orang-orang sekapan mulai tenggelam dan kini etnik sekapan terdiri daripada suku minoriti sahaja.Masyarakat sekapan telah menyedari akan fenomena ini dan sangat-sangat mengharap kebijaksanaan ketua rumah panjang(toa levauk)iaitu Encik Among Matu untuk merangka strategi yang lebih baik dan berkesan bagi memantapkan kembali kredibiliti sekapan di daerah Belaga. 


Cotoh Keliring (lokasi gambar Punan Bah)

Disamping itu juga,kesan sejarah peninggalan raja sekapan terdahulu boleh dilihat dengan jelas di muzium negara kuala umpur.Ia merupakan dua buah kelirig yang tersenggam indah pada pintu masuk muzium berkenan.Tertera di situ tulisan dan perkataan sekapan dan punan yang mana ia dengan jelas menunjukkan yang hasil kerja orang sekapan terdahulu disegani dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi disamping memiliki seni pertukanggan yang tinggi dan diiktiraf.Mengikut kisahnya,proses kerja membawa dua buah keliring tersebut dari rumah panjang sekapan panjang adalah terlalu rumit disebabkan ketiadaan pengangkutan yang sesuai.Mereka dipercayai menggunakan perahu besar untuk memungahnya ke sibu.Sementara di sibu pihak kerajaan mengambil alih kerja-kerja mengangkut untu dibawa ke kuala lumpur.

Empangan Bakun


BAKUN-Nama bakun sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat malaysia khususnya rakyat sarawak.Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam proses pembinaan yang merentangi sungai Balui di daerah Belaga Sarawak.Pembinaan Empangan Bakun ini menakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.


Bakun merupakan sebuah empangan yang diliputi konkrit yang merupakan sebuah empangan yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 205 meter dari paras laut dan akan menjadi sebuah empangan yang terbesar di Asia selain empangan Three Gorges di china.Bakun juga bakal membentuk tasik buatan manusia yang terbesar kat Malaysia mengikut isi padu dan luas kawasan disamping menjadi penjana elektrik terbesar iaitu mengatasi tasik empangan Pergau di Kelantan.Disamping itu juga,tali atau kable penghantaran bawah laut bakun merupakan yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.


Difahamkan Empangan Bakun apabila siap menjelang 2012 nanti mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 2400 mega wat.Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30 peratus dari janaannya di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.


Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Kerja-kerja mengukur tanah telah dimulakan pada tahun 1960-an dan kajian diteruskan pada tahun 1980-an. Kajian merangkumi pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.


Projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan membangunkan dahulu industri gas asli. Projek ini diteruskan semula oleh YAB Mahathir Mohamad pada 1993. Pada Januari 1994,projek ini diswastakan kepada Bakun Hydroelectric Corporation, iaitu syarikat usahasama Ekran Berhad,Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Sarawak, Syarikat SESCO Berhad dam Malaysia Mining Corporation Berhad.Bakun Hydroelectric Corporation telah memberi kontrak elektrikal, mekanikal dan penghantaran kepada ABB. Baberapa pakar runding yang terlibat ialah Snowy Mountain Engineering Corporation, TNB Hydro (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad) dan KLIA Consult.Projek ini terhenti akibat kemelut ekonomi 1997.


Pada Mei 2000, Kerajaan Malaysia telah mengambil alih projek dengan membeli kepentingan Bakun Hydroelectric Corporation, dan meneruskan projek melalui syarikat milik kerajaan, Sarawak Hidro Sdn Bhd.Hanya pembinaan Empangan Bakun diteruskan dan kerja pembinaan ditawarkan melalui kontrak “turnkey”.Pembinaan talian penghantar bawah laut tidak akan dilaksanakan.Kontraktor baru ialah Malaysia-China Hydro JV Consortium, iaitu syarikat usahasama Sime Engineering Berhad, iaitu anak syarikat Sime Darby Berhad dan Sino-Hydro Corporation dari Cina. Rakan kongsi kecil yang lain adalah WCT Berhad, MTD Capital Berhad, Ahmad Zaki Resources Berhad, Syarikat Ismail Berhad dan Edwards & Sons Berhad. Tarikh siap ditetapkan pada September 2007.


Harga kontrak sivil adalah RM 1.8 billion. Kerja elekromekanikal diberi pada satu kontrak kepada IMPSA dari Argentina dan satu kontrak lagi kepada Alstom dari Perancis.Pada 2004, pakar runding JW Knowles telah diupah untuk mengkaji sebab kelewatan projek.Lain lain jururunding terlibat adalah Snowy Mountain Engineering Corporation dan OPUS International Malaysia.Pada tahun 2003, Gulf International Investment Group (GIIG) telah meletak wang pertaruhan sebanyak RM500 juta, sebagai permulaan ingin membeli 60% projek Empangan Bakun.GIIG adalah syarikat usahasama antara Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang kaya dari Malaysia dan Mohamad Ali Al-Abbar, orang kaya dari Dubai.Tujuan pembelian ialah sebagai sumber tenaga elektrik untuk sebuah lagi pelaburan mereka iaitu kilang pelebur aluminium yang akan dibina di Similajau, Sarawak. Rancangan ini tidak diteruskan akibat kelewatan di dalam pembinaan Empangan Bakun.


Di tahun 2006, berikutan kenaikan bahanapi seperti gas asli dan minyak, talian penghantar bawah laut yang yang dahulunya tidak berdaya maju, kini telah dikaji semula untuk dilaksanakan. Tenaga Nasional Berhad telah menyatakan hasrat ingin menggunakan sumber hidroelektrik dari Sarawak menjelang 2012. Berikutan itu, beberapa syarikat telah menunjuk minat dan Sime Darby adalah yang terhadapan dalam usaha mendapatkan kontrak melaksanakan talian penghantar bawah laut ini.Pada November 2006, berita tersebar mengenai pengabungan Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad menjadi sebuah syarikat baru dengan modal berbayar RM 31 billion. Serentak dengan pengabungan tersebut, anak syarikat Sime Darby iaitu Sime Engineering Sdn Bhd akan mengambil alih sebahagian kepentingan kerajaan didalam Sarawak Hidro Sdn Bhd.


Dibawah ini adalah spesifikasi empangan Bakun...

SPESIFIKASI EMPANGAN BAKUN:

  • Empangan utamaTinggi 205 m dari tapak ke puncak.
  • Panjang 750 m dari hujung ke hujung.
  • Isipadu 16.71 juta meter padu.
  • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut.
  • Aras air maksima ialah 232 m.
  • Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.
  • Luas takungan permukaan ialah 695 km persegi.
  • kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi.
  • Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang.
  • Panjang 760 m setiap satu.
  • Rumah janakuasa di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.

dipetik dari wikipedia